Sunday, January 6, 2013

Little Bee - Zulqarnayn The Great







P/S: Menumpang kasih anak sedara, anak sendiri lambat lagi la nak merasa. (Nama dia Zulqarnayn, anak abg sulung saya)

Saturday, January 5, 2013

Penangkap Gambo





Dah ada darling baru, dia takde nama sbb encik bf kata takyah kasi nama. So aku pakai nama sebenar dia je, Nex-F3k by Sony. Dah lama tak amik gambar. Rindu zaman rajin snap2 dulu.



P/S: Gambar aku amik x cantik aku paham, lagipun buat masa ni aku masih belum berangan nak jadi pro ala2 kukubesi, saifulnang or paling superb Nigel Barker. Aku suka suki amik sbb nak gambar family aku cantik menarik tertarik mmg da bomb. sekian~

Thursday, December 27, 2012

Membuahkan Duit

Salam, hi. Aku bukan buat MLM atau jual product tapis air. Tapi I'm about to be excited nak update account ASB tahun depan. Okay fine, ramai yang cakap riba riba...duit haram. Entahlah, aku rasa kalau haram dah lama mufti bising kan. Wallahualam. 

Tapi yang aku tau, since 3 months ago aku rasa masa untuk berubah kedepan. Aku start nak invest mcm2, so  bila berumuq sket leh la buat lari gi around the world. The first place pastilah honey madu kat Mekah :) hohohohoho...

Skang simpan duit byk2. Bukak account banyak2. Simpan..simpan...simpan. Tgk wayang pun alih2 masuk astro gak citer tu. baik tunggu astro je. Makan? Makan banyak2 penuh perut sat lagi meletup. So berjimat utk entertainment yg lain lebih baik.

Target masa kini: Nak kawen tanpa buat loan, dah start simpan 500 start October, yuhuuu~

P/S: Apa lagi investment yg baik punyer. Share weh~

Tuesday, October 2, 2012

Kawan Masa 'Gampang'



Hi,

Kehadapan sahabat.

Terima kasih kerana pernah menjadi sahabat. Akhirnya apa mak aku cakap dulu jadi juga dalam idop ni.

Ayat mak yg aku rasa mcm tak leh blah masa aku muda dulu:

"Toksah la dok sibuk dgn kawan, kawan ni sat sat ja. Nanti lama2 putuih kawan, dengki, gaduh dok tarik2 rambut mcm dalam tivi tu"

Satu pesan aku kepada kamu wahai sahabat, " Tidak masuk syurga kepada mereka yang memutuskan silaturrahim". Sekadar renungan kita bersama. Aku xnak guna pepatah Indonesia "Sahabat Masa Gampang, Gampang aja Dicari", sbb kalau translate melayu aku anggap ko teruk sgt. Btw, hentikanlah persengketaan ini sbb kita semakin tua.


Yang benar,

Sahabatmu

------------------------------------------------------------------------------------

P/S: Dulu mak sedara aku cakap "Hangpa toksah dok pulun sgt tgk Doraemon tu, hangpa dah besar nanti dan kheja tgk la sampai julin biji mata". Adik beradik aku siap menjawab "Dah besar mana ada Doraemon dah". DANGG!! umur aku dah 26, and abg aku yg menjawab tu dah 30 still ada lagi Doraemon. Hahaha. Dengarlah cakap orang tua, mereka pandai mentafsir masa depan.

Thursday, July 5, 2012

Love is complicated - Susah bebenor


                                                               :: My ugly artwork ::
Hari-hari orang cakap pasal cinta, tentang sayang. Tapi erti sebenar cinta tu depend pada orang tu. Selalunya, atau kebanyakkan masa zaman canggih ni orang letakkan wang atau status kelayakkan as their top priority. Tapi betui ada jugak yang jujur ikhlas mencintai tapi ni sangat la payahnye nak jumpa.


Aku ada kisah lawak start tahun ni. Dah 2 3 orang jantan gatei try ngorat tapi belum apa2 dia akan tanya:


 "ni kereta awak ke? ckp la betui2 kereta awk ke? tapi kalau bukan pun xpe saya tak memilih" (tak memilih, motif? dia kereta pun xde. tetiba kata x memilih sdgkan aku x ckp apa pun)


"awak kerja apa ye? sampai boleh beli kete ni"


"senangnye jadi awk, sy ni motor je ada. pinjam kereta. awk sy suka awk lah"


So utk mematikan kegatalan mereka2..maka aku hadiahi dgn kata2 "Ni kereta tunang saya, insyaallah ada rezeki tahun depan kawen" - mmg tak la aku dah bertunang. tapi kalau diizin Allah nak la gak.hahahahaha. So pandai2 la nak cari yang terbaik di muka bumi Allah ni. Yang penting hati mau ikhlas. InsyaAllah~


"Love is complicated: Full of sacrifice and compromise, btw compromise is just another word for love, cinta, sayang"


P/S: Wah blog dah upgrade canggih. pening kepala gak la nak mencakor (kata org Perak) mencari click apa...nak click mana. Btw, sungguh lama tak berblog, nak start balik menulis rasa hati dlm tenet ni.