Friday, June 11, 2010

Si Garang Di Hati Saya


Tajuk sedikit lesbo, maaf saya bukan begitu.

Anyway, ini adalah kawan aku, BFF, housemate sekarang(kami berdua je pun kat umah ni), kawan sekolah, jiran satu taman perumahan, yang pasti dia ni kawan susah senang bersama. She is a true friend. Yerp, dia sangat memenuhi quality kawan yg baik. Few qualities yang dia ada :

1. Honest
sgt jujur sepanjang 14 tahun berkawan dgn aku. Bila mintak pendapat, sentiasa jujur dan tak pernah menipu.

2. Unique and fun
Dia unik sbb sgt garang, i mean tegas. Tengok la, jadi ketua kelas pun tiap tahun dia je.

3. Good listener
Walaupun aku tau kadang2 aku cerita hal yg bosan, tapi dia tetap dengar and ada respon bila aku cerita. Kami suka sembang sambil naik buaian, pastu kutuk2 org and sebar gosip.

4. Care about me
Masa aku sakit, dia la yg amik berat. Masa aku putus cinta, dia la yg sentiasa nasihat, tanya khabar. Even, jarak aku dgn dia UUM dgn UM..

5. Stick with me in good times and bad
Sumpah, dia memang sentiasa ada, time aku perlukan pertolongan. Dia tak pernah tolak, tak pernah biarkan aku sorang2. (aku feeling sedih time ni..)

6. Accept me for the way who i am
Aku penuh dengan kekurangan, sentiasa je dia terima. Takde nak memilih kawan. Walaupun aku budak jahat sekolah and ajak dia mandi kolah surau masa kelas Fardu Ain, and masa aku kena blacklist kat skolah. Dia still nak kawan ngan aku. huhu

Sempena hari lahir dia ke 24 ni, aku nak buat satu ucapan khas dari hati

Happy Burffday baby,


Terima kasih menjadi kawan yg baik pada saya, mengarang bila saya menjahat. Menjadi 'suami' yg baik dirumah ini. Mensabar dalam apa jua keadaan. Selamat membesar dengan sihat dan gemilang. Setiap yang berlaku adalah bab-bab dalam novel yg kamu perlu tempuh. Sila bersabar hingga akhir hidup untuk me
lihat kesudahan yang gembira. xoxo

ur stupid but nice friend,

Diyana the Great.


P/S: Semoga korang ada BFF mcm yang aku ada :) .. Oh dia single lagi. Sila la masuk jarum.

5 Comments:

wenkhadi said...

tak jadi nak cucuk jarum sebab dia garang :P

zan-xray said...

suka suka...
suka ko ada kawan macam tu.

Lolipop, pentarafan ikut jadual hujung bulan ni (25-27) ko kalo datang jgn senyap2 lak roger2 la hehe. Tahun ni mungkin ada anugerah

fndrocka said...

ini legend ketua kelas ni,.tiap tahun jadi ketua. aku ingat nak gak lah wat entri tribute tu kawan aku...tetiba teringat kat kawan baik,

I_Hate_Lolipop said...

wenk: kalau kau pandai jaga hati dia.dia tak garang la.nak kenai ker?

zan: tgk la zan, kalau aku balik kuala. aku pergi pun kejap je kot.nak menikmati suasana..

fndrocka: sila buat, x rugi kadang2 kita hargai kawan baik kita :)

matjang said...

i like...:-)