Labels

Showing posts with label Gosip Liar. Show all posts
Showing posts with label Gosip Liar. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Nyanyi Dalam Stim

Ok for sure la aku nak ckp hal AJL 25. Aku terlepas tengok live kat tv. Tu pun lepas kawan aku ckp si Ana Raffali menang. What the....huh! Tak puas gak aku gi tgk kat youtube. Ok la, aku ulang 2 3 kali. Pastu aku rasa kenapa si Ana ni nyanyi mcm stim je..meleret je.

Sorry ana bukan sbb i x minat u, dah mmg i xleh terima u nyanyi mendayu mcm klasik nasional. Juri dilantik pun bias (search google kenapa aku ckp mcm tu). Tahniah la kau menang Ana, tapi kau tak layak juara. Kalau no 3 ke 4 ke aku leh terima. Tapi bukan juara, mcm x seswai. Kan dah kena booo...~

P/S: Walaupun aku buta seni, tapi tidak citarasa. Hahaha. Jangan nyanyi dalam keadaan stim, korang akan jadi the next Ana Raffali.

Thursday, October 14, 2010

Bukan Kangkang!


Pernah dengar game KONGKANG-KONGKANG? (sila sebut dgn laju) Bukan Kangkang ek, game kangkang kat Lorong Haji Taib ada la. Nak release tension aku suka main game ni.

  • Best main kat The Mines Bangi :)
  • Kat MidValley selalu rosak :(
  • Kat Cineleisure langsung takde :(


First time main dulu best sgt sampai lupa nama game ni, so masa kuar dgn BF aku, aku ajak dia teman aku main game yg aku namakan sendiri as kongkang-kongkang. Dia yg gila game pun blur sbb tak pernah dgr nama game ni.

Eh ada tak game lain yang best. kasitau, leh aku cuba.

P/S: Game ni bagus untuk release tension atau ketika kekasih tidak melayan anda. Selamat mencuba. Siapa tau mana2 tempat yg ada mende alah ni, sila inform aku, thanks.

Monday, July 12, 2010

"Paul" Masak Petai




Paul si sotong kurita tu dah pandai jadi bomoh, dan dah ramai dia sesatkan orang.
Persoalan : Adakah dia akan dijadikan

LAUK MASAK 3 RASA
CALIMARI RINGS
SOTONG BAKAR CICAH AIR ASAM
SAMBAL TUMIS PETAI

kalau "dia" salah teka??????

P/S: Aku rasa lapar sbb tu buat entry ni. Mahu makan sotong warghhh~ click nuff aku skit, sbb raya dah nak dekat. pls :)

Sunday, July 4, 2010

Aku Si Bawang Merah


Aku sibuk sekarang ni, sibuk nak settle kan hal2 mendaftar and tengah fikir tempat tinggal. Aku nak tanya pendapat korang, mana better??

tinggal di rumah sewa dengan stranger
OR
dengan ayah bersama si ibu tiri ?

Kan best kalau UiTM kat Kuala Kangsar, dapat duk dengan mak :(

Kaki aku lenguh2 naik tangga kat UiTM macam naik tangga Batu Cave. Harap lepas ni tangga - tangga ni dapat buat aku pecah lemak. Dah la bawak beg lappy kat belakang, so serious rasa mcm bawak kavadi naik tangga Batu Cave. haih...

P/S : Semalam ada org tua tunjuk FUCK kat aku, aku terkeluar kata2 kesat depan mak aku dan aku kemudian menerima lecture selama 2 hari.

Owh anyway, aku rasa gumbira nuffnang aku dah 5 hengget. haha

Sunday, June 13, 2010

Kau Lelaki EGOIS!!



:: Aku suka game Mr.S kasi nie ::

Tadi aku saja je join chat room, dah lama siot aku x join. Saja nak buang masa, sbb bibi mengalami sindrom Sukma di Melaka. Aku cuba meluangkan masa sambil merawat demam ni. Lepak2 sembang kat room ym (aku x layan PM k) ada sorang mamat ni punya la sembang kencang!
Si stupid: Yahudi bla...bla..bla..Yahudi bangsat! Yahudi Kimak! Sape sokong Yahudi masuk neraka!

Gila kentang mamat ni cakap kat room. Aku tgk je diaorang sembang. Pastu aku masuk line nak test tgk ;
Aku: Eh ****a kau ada Facebook tak?
Si stupid: ada, add la aku, bla..bla@yahoo.com.
Aku: kau sembang kencang aku tgk, kau tau tak FB tu yahudi?
lama dia diam..pastu dia jawab;

Si stupid: tu takpe dah lama ada,sebelum tahu kekejaman yahudi.
Aku: yahudi kejam dari dulu kau tak tahu?, baca sejarah tak? leh plak takpe ek kalau dah lama, tak laku la jihad kau tu!

Pastu dia diam jap and dah muncul, dia maki aku. Okay aku malas nak join room bodoh mcm ni. Aku bertekad layan game Mr.S kasi lagi best.

I hate chat room!!

P/S: Tau la kau lelaki yg penuh egois!, tapi baru ditegur dah menggelabah. bosan!

Pada sape yang betui2 nak boikot yahudi, yang mmg gila babeng punya tahap, sila jgn ada FB, sila guna ini
CLICK THIS

click la nuffnang tu jugak, aku nak duit untuk beli bra baru, raya ni.

Friday, June 4, 2010

Yayasan Dakwah la sangat kau!


Pagi aku adalah ceria, and siap2 teman housemate aku pergi interview dekat Mont. Kiara.

:: Dia yang ada Interview ::

:: Yes, hari aku tetap dengan Coffee ::

Tapi hari yang ceria telah dicelakakan oleh si Staff
(sbb kat plat kereta dia ada tulis tu kereta yayasan ni)

1. Bawak mcm cilaka (sukar nak describe mcm mana dia bawak).
2. Masuk depan aku - rapat tak kasi signal
3. Lepas tu maybe dia sedar aku kejar, terus bawak laju dan gelabah.

Okay, ini bukan point sebenar aku nak marah, tak kisah la even dia dah spoiled mood aku masa tu, nasib aku yg kena. Kalau kapir? mau dia kata
"ini ke cara org islam bawak?"

P/S: Kalau salahkan perempuan bawak slow and ntah pape aku terima, tapi lelaki? ada je yg loser mcm ni. Meh sini staff tu aku dakwahkan dia dulu.

Monday, April 26, 2010

Punggung Depan Rezeki


Tempat :
Restoren (mcm ni ke eja dlm BM?) Haji Samuri (Damansara)
Masa : Dalam kul 9.30 tadi
Lokasi Tempat Duduk: Tepi dinding, bawah kipas, menghala ke arah TV

:: Masa ni dia dah nak blah, kalau x rapat lagi ke meja::

Aku tengah makan tetiba ada Minah Melayu ni duduk berdiri tepi meja makan kami, menghadap muka kawan aku dan aku secara amnya. Dah la halang TV, punggung dia menghadap rezeki plak tu, duk terpacak berdiri situ dalam 15 minit sbb dia tunggu nak cari meja kosong.

Dah la tak cun, kau agak2 la pompuan nak makan kat kedai melayu pakai mcm pergi tido!

P/S: Aku rasa pompuan itu sangat gampang. Org Cina kat restoren tu tengok je dia, Cina pakai lagi sopan okay skirt labuh. Walau apa pun mekasih kau buat aku diet malam ini.

Tuesday, April 6, 2010

Hidup dalam 8 hari ini adalah

pada 30.3.2010

:: Jacob adalah kereta yang cumel ::

Aku dapat boyfriend kedua, nama dia Jacob. 2nd hand, cash 5k. Sekarang leh gi class dan hura2.

pada 31.3.2010

:: setelah menilai baru ku tahu dia budak UM ::

Aku kuar lepak dgn member skolah kat Mc D dan terjumpa budak melayu bermain CHENTA kat public. Lihat dia cover guna beg, selepas rasa mcm ada org perhati. haha.. gi hotel la woi~

pada 2 hingga 3.4.2010

:: kadang2 aku rasa bonda aku cute sgt ::

:: manusia yang bersalah kerana terlalu busy ::

Jumpa si Dia (bf pertama) di Perak, thanks to him sbb sanggup luangkan masa dari sibuk di studio je, dan kemudian aku pulang ke pangkuan Bonda untuk meraikan birthday bersama2 (mood 2 hari ini sungguh happy)

pada ketika 4 hingga 6.4.2010

:: wajah cun namun mulut semua celupar ::

Pulang ke Kuala Lumpur bersama 3 org kawan dan keluar makan serta bersenda gurau.

owh...owh pagi semalam aku on the way ke class ada accident kat TTDI.

:: pemandu tu baju hitam, dia bawak laju sangat so terbabas ::

P/S: Hidup dalam 8 hari ini adalah happy even busy, tambah2 happy sebab ada 2 boyfriend yang menggumbirakan aku.. i love you.. hihihi. Sesiapa yang kenal budak UM tu, sila nasihat mereka menempah bilik di hotel.

Wednesday, March 17, 2010

Suka je kau nak malu sendiri kan?

:: dah kena bantai dgn aku emosi pulak :P ::

Mode : Sakit Hati dan Bosan
Subject: Ekonomi Melayu (subject ni syarat Universiti, so terpaksa amik)


Tadi ada class tutorial, so aku kena ke depan and cerita pengalaman berkaitan ekonomi melayu. So aku cerita tentang Perniagaan Laksa Mak Jang aku kat Penang. Mula2 laris, usaha dari susah sampai kira gemilang la sikit. Tetiba je dia tutup kedai sbb ada org kg. dengki. Dia "kena buatan org", terus lumpuh. So tak mampu niaga. So conclusion dalam cerita tu aku ckp la,

"faktor penghalang kejayaan Melayu disebabkan segelintir masyarakat yang berhasad dengki untuk menjatuhkan org lain (sesama Melayu) "

kemudian,

Budak Kelas : Maaf ye saudari, saya rasa tak semua Melayu dan ada juga Cina dan India yang berperangai mcm ni. Kenapa mesti saudari tuduh Melayu saja. Seperti saudari menjatuhkan martabat Melayu.

Aku : (dlm hati aku mmg dah maki giler mamat bodoh ni) Apa? Sorry, tak faham apa yang kamu cakap tadi. (aku saja ckp mcm ni sbb nak kasi ayat baik untuk bantai dia balik)

Budak Kelas: pot..pet..pot pet (terangkan habis, siap kuar hadis bagai)

Aku : Owh, saya menceritakan pengalaman saya, bukan pengalaman org Cina atau org India. Dan saya rasa saya ada guna perkataan "segelintir". Anda faham maksud segelintir? Segelintir adalah sedikit atau sebahagian cthnya, org bodoh dan cetek minda, mungkin sebahagian dalam kelas ini sahaja bukan semua. Dan saya rasa kita berada di dalam kelas EKONOMI MELAYU, lainlah kalau Ekonomi Jepun, Cina atau India.

Nasib baik lepas tu, lecturer tu ckp kat budak laki tu:

"kamu masih tidak fahamkah maksud dia tadi, tapi sepanjang pengalaman saya mendalami sikap melayu, memang kebanyakkan begitu suka dengki. "
( lecturer ni org Korea yg fasih bhs Melayu)

P/S: Asal ckp hal Melayu, mula lah terasa. Budak ni selalu aku perasan suka kondem siapa saja yang buat presentation, tapi kali ni dia silap org la. Anyway, thanks utk budak tu sbb bagi aku idea sikap Melayu, untuk buat assignment. Hahaha..

Thursday, March 11, 2010

Rogol dan Menerima Rogol

:: perogol tersebut adalah berkulit seperti diatas::


Kes rogol pada aku adalah satu kebiasaan sehinggalah.......

Mak aku called and ckp:
"Ada Kes Rogol kat Blok F rumah kamu Masuk Berita Tv3"

Okay hari itu (semalam) aku menerima Al-Kuliyyah free oleh mak :
TUTUP AURAT KAKAK...AURAT..

AURAT AURAT AURAT

Yes apabila aku kena marah dgn mak, aku rasa kes ni dah berat..

P/S: lepas ni aku kena pakai baju lengan pjg (takde la aku sexy sgt, just pakai t-shirt lengan pendek je) nasihat mak tu, insyaallah aku ikut...insyallah. Owh hal budak kena rogol tu, ala kat kawasan ni dah budak2 pompuan mmg suka pakai sexy kul 2 3 pagi lepak lagi kat lobby aprtment ni. So.....salah siapa?

Psttt: Ye ke org kata Negro dick besar??? hiks ~

Friday, January 15, 2010

Apple Juice je pun~


:: air ni sedap, mcm zapple::

tadi aku nak gi buang sampah. So bawak la botol besar Apple Juice ni guna tangan je sbb kaca. Leh pulak budak2 kolej kat area umah aku ni ckp :

"Pakai tudung pun "minum" ke".

Aku blurrr at first. Pastu baru aku pasan botol kat tgn aku. Bodoh ke hapa budak ni aku pun tak pasti. Apple Juice je pun, salah ke kalau beli dalam botol??

P/S: mentaliti org melayu kadang2 memang cetek~ terus aku x jadi buang sbb xde tong kaca.

Thursday, December 24, 2009

Malay PiG?????


kecik? tak dapat baca??? click sini "malay pig katanya"

aku benci budak2 macam ni!..and x faham motif kata malay pig? bukan ke diaorang yg makan ba alif ba ya ???

P/S: dia ni budak UMT, pape pun i love malaysia...

Wednesday, December 9, 2009

Hidup Nomad!

:: view kat balcony rumah, nampak bukit and sbb tu sejuk mcm cameron ::

Aku dah pindah rumah baru, yay~

Seronok sbb : 
  • tinggal dengan member since kecik2 - kira memang BFF till the end.
  • duduk berdua je (tapi kami bukan lesbo)
  • seronok sbb rumah ni apartment harga RM600 sahaja (standard la paling murah KL)
  • security okay 
  • parking ada
  • kedai ada - macam2 ada.
  • LELAKI KACAK - MERATA-RATA..hahaha
  • Jiran - budak bujang - budak Kolej.
P/S : tapi aku still sakit hati sbb owner rumah lama kata aku tak bayar deposit, rupanya budak rumah tu pakai duit deposit aku bagi dulu. haish ~

Thursday, November 12, 2009

Aku tak cinta kau lagi!


:: Ixora dalam Spa ::
Tarikh : 9.11.2009

Tempat: Radius 200 meter di Hillpark

Sipnosis:
Aku naik scooter ngan member, turun bukit curam...tetiba break tak makan. Member aku panik..aku x sbb aku superwoman. aku pikir tempat landing paling selamat ialah langgar benteng..Dumm!! aku accident. Kaki sakit, lutut lebam n luka2 kecik. Member aku xde pape..dan dia sgt sempurna.

P/S: Ixora ku sayang...aku dah tak cintakan kau lagi, kau asyik dera aku secara fizikal je. Mulai sekarang aku cuba cari pengganti kau...salam.

:: AKU MAHU INI ::

Wednesday, October 28, 2009

HONDA HILANG !


Honda Civic EG plate no MAE 1964 kepunyaan Faizal telah HILANG. Kepada sesiapa yang nampak , sila hubungi OWNER : FAIZAL 0125372767/0125935923

rim hitam , bonet depan hitam , takde sun/moon roof~


Kepunyaan ENCIK FAIZAL


P/S: Kereta kawan aku hilang di Area subang pagi ni. tanpa ada kesan pecah cermin or apa2. Harap kerjasama suma..dapat tlg tgk2 kalau ternampak k. cilaka punya pencuri, semoga tuhan balas dia kaw2.

Wednesday, September 16, 2009

~Drama Lesbian di Bulan Puasa~

...ni la CD tu, giler ghairah cover dia..ORI tue...

Haha..baru tadi aku masuk dalam rumah je terus nampak CD DRAMA LESBO housemate aku.
Fulamak...giler ahh....CD ORI dia beli okay.. aku teringin nak tgk tapi rasa mcm geli lak..so aku pendamkan dalam hati sbb ni bulan puasa.

*****Another case*****

Aritu budak housemate aku 2 orang main buat love bite kat badan...

Housemate 1: "Diyana..ko nak aku buat love bite tak kat badan ko?"
Aku : "Ko pernah dengar tak housemate mati kena tolak dari tingkat 9?...kalau nak try ar"

Dia gelak2 apa yg aku ckp tadi, pastu sambil isap rokok geletek2 housemate no 2 aku...adeh!

So aku terus blah dari rumah tanpa libatkan diri dari pesta Lesbo tu...

P/S: Kalau ada org sewa rumah RM300 kat KL ni...dah lama aku pindah...*sigh and sigh again

Wednesday, September 2, 2009

*&%$#@

minggu sedang berusaha mencilaka kan si cilaka. ingat kau boleh gunakan aku..haha sorry!!

busy - busy - busy !

P/S: akan update ttg kisah lelaki yg desperate nak duit.

Wednesday, August 5, 2009

Geli - geli yang TAK BEST!

Petang tadi about 6.30 p.m, housemate aku yg Bisex tu masuk bilik aku dalam keadaan mamai. Aku bukak pintu sebab aku nak bagi bilik ni pernafasan yang sempurna.

Aku duduk kat depan laptop, chating melting..then dia baring kat tilam aku belakang aku juga..

Tiba-tiba...kaki dia sentuh peha aku sambil gesel2 perlahan....(yuckss!!!)

Aku terkaku! Agak lama dia gesel slow2 kat peha aku...then......

Kringgg!!! (nasib baik la kawan aku call....)

i said, " err...Intan, aku nak cakap ngan kawan aku jap, leh tak ko....(wat isyarat suh dia kuar jap)"

Keluar je Minah tu, terus aku tutup pintu kunci dan selak pintu sebaik2nya....haaa....

P/S: Thanks to Mr.In sbb call aku by that time. selamat buat seketika. and semalam juga si ina (housemate lagi sorang) bawak scandal dia dari Melaka yang juga merupakan tunang orang. aih~

Sunday, August 2, 2009

::Skandal / F*ck Buddy/ Bisex::



Aku baru masuk rumah sewa ni awal bulan 7. dah macam2 aku belajar (belajar doesn't mean aku buat apa yg aku pelajari, okey).

Aku ada sorang housemate ni, serious scary. 1st aku berkenalan lepas move in dalam rumah ni. Selalunya kita kalau baru kenal, sure tanya2 latar belakang sikit (mcm ice breaking session), tp dia ni lain giler :

housemate: kau kalau duk sini, kena MYOB lah.
aku: owh, ok faham.
housemate: ko virgin?
aku: huh?
housemate: ko virgin x? aku tak virgin.
aku: ohh..aku virgin lagi.
housemate: owh really? wow...lagi satu aku nak bagitau, aku ni BISEX. ko faham kan?
aku: ermm...faham (serious aku dah takut time ni)
housemate: ko smoking? aku ni smoking..bukan aku je, si ina (bukan nama btoi) pun smoke gak.
aku: tak, i'm clean.
housemate: ko ni baik lah ni?..(dia gelak2)
aku: x baik sgt n tak jahat sgt..

Tapi yg style tu, dia ni pandai masak..haha.lepas dia masak dia ketuk pintu bilik aku and sambung sembang lagi.

housemate: aku nanti akan selalu bawak skandal aku tau, or f*ck buddy ke. tgk la, kalau aku bosan ngan BF aku.
aku: owh...(aih~ ko nk main leh tak kat hotel)
housemate: tapi tu la...sebenarnya aku boring la skang.
aku: pesal lak boring?
housemate: ye ar, aku xde GF..boring giler.dulu housemate yg amik bilik ko ni GF aku tau.
aku: owh ek?..apsal dia out?
housemate: dia pindah keje.. erm...(sambil dia isap rokok), ko je lah jadi GF aku (sambil gelak2)
aku: hahaha....(takut sial time ni)..I'm straight sorry.
housemate: hahaha..ala part time.
aku: alamak, aku lum solat asar ar..k nanti sembang lagi (taktik larikan diri)

P/S : aku belajar mcm2 tentang hidup. sgt scary sbb dalam seminggu aku ngan housemate tadi berdua je.yg lagi 2 orang selalu balik umah (balik kg). katanya dia buat suma tu nak balas dendam kat BF dia yg pernah "main" ngan orang lain. Tapi cara dia nak balas dendam, sgt stupid!

MYOB = Mind your own business

Sunday, July 26, 2009

Tahun ni akan ada lagi ke iklan raya yang best???

Dedicated to :: Allahyarhamah Yasmin Ahmad::

Satu benda yang best masa dekat2 nak sambut raya selain dari beli baju raya and sibuk ngan kueh mueh adalah ::> Iklan raya by Yasmin.

Aku selalu tak lepas nak tgk iklan yang Yasmin Ahmad buat. Mmg touching giler. And tak leh tanding iklan lain.

Now beliau dah takde, akan adakah iklan best setanding beliau lepas ni?? *sigh

Aku paling suka iklan raya by Yasmin Ahmad 2007 - yang buat kat stesen keretapi kuala kangsar and kisah terambil cokodok orang lain..

P/S: Al-Fatihah ~