Tuesday, July 27, 2010

Menggelabah Hanjing!

:: surat saman saya ::

Semenjak dua menjak dan bermenjak2 ini aku adalah si perempuan CUAI dan PELUPA!

Adakah aku makan semut? atau ada Sup Semut? Pizza Semut? Nasi Beriani Semut? aku tak tahu la nape apa2 aku buat aku akan lupa dan lepas tu menggelabah hanjing ~

Aku ada cerita yang aku kena saman dalam entry ni , Click this

Ye ye, aku kena saman :

KESALAHAN : Guna Handphone Semasa Memandu Tanpa Alat Bebas Tangan
LOKASI : Depan One Utama
TARIKH NAIK COURT : 26 Julai 2010

Aku lupa tarikh dan natijahnya, aku dikejut mak sbb mak aku pun ingat 27 bukan 26. aku tak pergi court pada 26 tu. Mak sudah mula menakutkan aku dengan ;

Mak : Diana, kamu kalau tak pergi settle hari ini, kamu kena masuk lokap.
Aku : Huh ? <---- blur dan kaki mulai goyah
Mak : Kalau dia keluarkan waran tangkap, habis la kamu. Belajaq pun dah tak boleh.
Aku : Mak, takkan la sampai masuk lokap. Serious betoi.
Mak : La... kamu ni buat la main2 benda ni. Masuk lokap sapa nak tanggung? Kamu kena tendang universiti lagi ada.
Aku : err.. mak nanti Diana call balik. <--- saat ini aku gelabah

Aku duk diam dan termenung jap, terus call Mahkamah PJ. fuhh lega tak keluar waran tangkap lagi.

P/S : Jangan jadi macam aku asyik lupa...lupa..lupa. Lepas ni silap-silap nak keluar rumah, baju pun lupa pakai. *18sx

9 Comments:

aNiSa hANg tUaH said...

:)
belajar dr kesilapan.
pasni lebih berhati2 yer
(:

zan-xray said...

hahaha.. mesti ko rasa nak terkencing dalam seluar nih.

aku tak suka jawab telefon semasa memandu, tapi ada satu hari (2 minggu lepas) kawan aku drive kereta aku asik menelefonnnnn je..kena saman kang aku bagi kat dia la, takkan aku nak tanggung ye tak

Peminat Katie Holmes said...

aku pun kena hari tue. memandu sambil guna hp. cam mana weyh?
memang kena naik court ka?

Atan Athen said...

bahaya ni....ni bukan makan semut dh ni....cube check kot2 ad kaki kerengga kat celah gigi tu

wenkhadi said...

tadi adik aku msj..

"ade surat peringatan saman sampai kat umah. Nak aku tunjuk kat mak ke?"

~ aku nak tahu...lame tak gap antara surat warning ngan surat naik courts sampai?

an.z said...

Saya pun kena saman dengan kesalahan yang sama :|

I_Hate_Lolipop said...

anisa : baiklah..lepas ni aku berhati2 *penuh semangat

zan: adakah kata2 kau perli aku? masa aku jawab tu urgent la,tetiba magis si polis leh plak dtg dari mana ntah.haih~

peminat cik katie: ko tgk kat surat saman ko, ko leh je bayar sebelum tarikh naik court. kesalahan dikenakan RM200.xleh kurang2 dah.

atan: aku rasa aku baru tertelan paru2 kerengga. alamak, macam mana ni? *risau

wenk: adakah kau dah melepasi tarikh naik court dalam surat saman masa dia saman ko tu? kalau ko lambat, n polis kuarkan waran, ko kena masuk lokap. masa aku call tadi pun akak tu kata, bayar cepat dalam 24 jam lepas court, kalau x bayar mungkin dapat waran.

an.z: sila bayar segera..aku dah cuak skang ni bab2 ni. malas jadi lagi teruk, menyusahkan.

('',)MiSs mRs.SaMsOL said...

selepas membaca entry ko ni aku kene saman wahahah (balik kg en sam tgk ada surat saman) aduhai...memandu melebihi had laju...hahah 1st time kene saman selepas 2 thn dpt lesen huhu

ajlaahassan said...

hoit.......polis saman je die nih...saman je