Saturday, May 30, 2009

Haram or Harus for Better Future?


Semalam aku hang out dgn member aku, si Noni (nama tipu). Talk and talk, then ntah macam mana, kuar story tentang Anak tak sah taraf . Noni cakap kalau dia pregnant but not married, dia akan buang janin tu.

Okay sekarang ni aku fikir ada benar jugak apa kata Noni. Lebih baik buang daripada budak tu kena cemuh sampai mati - orang kata anak tak sah taraf ni, malang 7 keturunan. Tu satu hal, lagi satu nak tutup mulut orang susah, pastu nak jaga aib mak bapak lagi. Memang agak masuk akal..

Tapi HARAM, Dosa Zina dah ada, pastu tambah Dosa bunuh lak. Sure sampai mati akan ingat hal hitam ni. Tapi pelik sebab aku pernah dengar member kepada member kawan aku 4 kali buang. OMG ~ mungkin dia tak ada hati atau mental dia paras lutut kot.

SELAMAT tapi untuk sementara (bukan kat akhirat) ?

So untuk sesiapa yang rasa nak abort baby tolong tengok citer JUNO. Citer ini sangat best .


P/S: renung2 kan dan selamat beramal...

Anak tak sah taraf = anak luar nikah
Buang/abort = gugur janin

Thursday, May 28, 2009

Aku Binatang


... Ini Farah...

Pagi nie sambil aku minum kopi cap Che Nah..aku teringat balik semalam sorang budak tadika (Farah namanya) tanya aku.

Farah: "kakak Dena...kakak Dena(Diyana), kalau bukan orang kakak Dena nak jadi haiwan ape?"
Aku: err..Farah nak jadi ape?

Farah: Farah...Farah (gagap)..nak jadi kucing sebab bulu cantik, muka cantik.

Aku: Owh..tapi kucing suka berak rata2, nanti Farah berak rata2 jugak ek?
Farah: Tak! berak kat tandas lah. ibu marah kalau berak rata2.

Owh..kucing moden la ni, sgt sesuai sbb Farah cantik and berak kat tandas, dia akan jadi kucing pandai.


then kata2 dia buat aku fikir, kalau aku binatang, binatang apa yg seswai dengan perangai aku yer? Aku kalau boleh nak jadi pepatung, sbb lepas "mengawan" aku leh makan partner aku tu.(ni pengaruh dari Animal Planet kat TV)

Hahaha --> sebenarnya kalau aku mahu jadi koala bear, leh tido.

P/S: Pilihan aku kalau boleh sentiasa nak jadi anak kepada ibu aku, x nak jadi binatang.Korang, kalau jadi haiwan, nak jadi haiwan apa?

Monday, May 25, 2009

Perempuan Malas!

aku mengaku aku bukan perempuan yang pandai masak. Tapi mak kata aku bukan tak pandai masak, tapi malas amik tau hal masak. Yer aku mengaku, aku malas..

Sekarang dah pandai sikit masak asam pedas, lepas ni nak belajar masak Kari (kari ni runsing sbb aku jadi keliru nak masuk apa dulu)..

Apa2 pun western paling senang and berkhasiat. Tapi takkan laki aku nak makan western je (lain la aku kawen ngan org puteh - abg mat salleh*hahaks)

P/S: Prinsip aku mudah, bersenang2 dahulu. bersusah kemudian. Ye la, dah kawen nanti susah, nk masak, basuh baju, urus anak2, urus laki...*sigh - so aku bersenang lenang dulu.

Sunday, May 24, 2009

Terlanjur : RAHSIA or CERITA?


Hye, hal ni aku simpan since 2 days ago. Member baik aku yg satu sem tak berjumpa datang rumah. Lama2 borak then dia cerita satu hal yg aku pun tak pasti nak nasihat mcm mana.

Kawan aku ni (Noni nama tipu dia) ada bf (bf dia perfect = ensem + bijak + kaya)..tapi Noni ni Terlanjur dengan bf-bf(2 orang yer) kawan kolej dia.(budak2 laki tu member kelas dia jugak). So sekarang Noni tension, dia rasa bersalah pada bf dia and pada kawan2 kolej dia.

Aku dah nasihat supaya tak buat lagi and Noni kata dia dah insaf cuma rasa beban sbb simpan rahsia ni kat kwn dia. so pendapat korang, harus ke si Noni ni cerita pada kawan2 dia yg Noni dah main dgn bf diaorang or just let it be a secret ?

P/S: Kalau buat jahat sampai bila pun hati tak senang.

Terlanjur / main : having sex.

Saturday, May 23, 2009

Streamyx BODO!

Aku tak leh nak post cerita2 hangat! Ni pun kat CC. Tenet or something bout modem rosak.

TM call center tu ckp "Within 3 days kami datang check"..So after 3 days kalau diaorang tak dtg aku kena tunggu lagi brapa lama? another 3 days?????

P/S: nothing to say just -> Streamyx Bodoh!Bodoh!Sengal *aku mati utk 3 hari.

Tuesday, May 19, 2009

Aku Hipokrit?

Semalam aku pergi balik Kedah utk visit auntie aku (Mak Ngah <--mulut dia non-stop)

On da way gi, mak stop kat perhentian sbb nak kencing. Okay then, aku lilau2 mata tgk apek2 ensem wat keje munggah. tapi pelik sbb dia x punggah tapi masukkan barang. Ala, mcm biasa la - kes seludup. <---ADAKAH AKU HIPOKRIT? sbb biar diaorang berleluasa? Credit x cukup and kalau Call Police amik masa.


Then sambung perjalanan to Yan, Kedah. Aku pergi pakai baju kurung (sbb takut Mak Ngah bising) <--- ADAKAH AKU HIPOKRIT? aku terpaksa pakai sehari suntuk sbb nak jaga hati orang tua2.


Jumpa Mak Ngah - salam, gurau2 sedangkan aku masih bengang dulu dia tuduh aku rosakkan TV dia <---- ADAKAH AKU HIPOKRIT? aku buat macam ni sbb taknak mak aku malu, nanti dia (refer to Mak Ngah) kata mcm dulu plak, "anak kamu tu sombong sangat aihh..muka tak mau senyum"


And 18 Mei itu birthday Mak, sbb tu aku jadi baik sbb xde hadiah, just a kiss and a hug.


P/S: Aku hipokrit ker? atau tu cara nak selamatkan diri dari masalah seterusnya? kamu pernah hipokrit??? pernah tak??

Monday, May 18, 2009

Tagged by sayalahfaizul


Award?
Aku rasa belum layak utk dapat award sbb aku baru je lompat dalam dunia blog memblog ni. Anyway thanx sayalahfaizul sbb suka2 nak tag aku.

Pastu ada plak keje kena wat, iaitu :
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers (sorry i just pick 6)whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links. 4. Let them know about this
.

5 orang yang aku pick adalah :

1. elyanie - member aku yg laser
2. jang - giler politik
3. kasih - coz slalu visit my blog
4. Liya - member yang menggatai tak sabar nak kawen
5. Blackskin - sbb blog dia best..
6. Puterahati - sbb dia giler Man U.

Sunday, May 17, 2009

Chenta, Kaseh & Sayang

Dalam hati kini, satu perasaan mcm ini :

2 orang di chenta?

2 orang di sayang?

2 orang di kaseh?

A few questions, but only one answer....



I need a soulmate for my whole life..



P/S: kalau korang la, korang akan pilih apa utk ukur satu chenta? my dear Teddy aku chenta kamu..tp..

Saper Sepah?

sape kumpulan sepah ni? aku tak kenal, so i take a seat depan tv and tgk.

(orang kata mereka sgt klakar) - emm..klakar ke mereka??

10 minit lepas tgk diaorang perform : Sorry, lawak anda x kelakar and mcm haram - mood aku mula mati.

15minit seterusnya berlalu: Ok, done! (aku terus tukar channel 712 tgk gosip kat E!)

P/S: Kump. Sepah - Kau TAK KELAKAR la... tlg upgrade lawak anda!!!

Hati aku masih suka tgk lawak Sarimah and Adibah Nor, sempoi.

Friday, May 15, 2009

Sumpahan keturunan ?

Semalam adik aku (bobo the bro) eksiden moto masa balik main futsal. So selepas beliau, maka aku terfikir and buat conclusion, Adakah ini satu 'curse' (sumpahan) atau 'bad luck' yang menimpa kami semata-mata?

Episod kemalangan dari yang sulung ke adiknya adalah :

1. Abg sulung = eksiden kat UPM, patah (masuk besi) kaki kanan.

2.Abg No 2 = eksiden dgn Rapid KL (yg mmg sgt 'rapid') masa last paper final kat UITM, juga masuk besi di Peha.

3. Aku = 3 kali kat UM, cedera ringan-ringan (ringan2???) . Maaf maksud aku cedera biasa (ringan)

4. Bobo the bro = Baru sekali namun akibatnya moto rosak dan x leh main futsal lagi. Haha *padan muka.


...bakul jadi kemek, part depan tak sempat tunjuk sbb mak aku bising time tue...

P/S: Moral of the story, drive or ride carefully. Kalau eksiden mintak pampasan. And aku rasa anak sulung jgn start eksiden, sbb adik2 dia pun akan kena BALA.

Tuesday, May 12, 2009

Kamu sangat Cumell..

Nama baby ni ~ Hilman. Dia sgt cool, sbb tu aku suka dia. And juga Cumell..So hari2 aku telah dihiburkan oleh Mr. Hilman.

Darah Kenegerian Beliau adalah : Sabah + Kedah



P/S: Nanti anak aku muka mcm ni la, tapi lagi cumell koyt..haha *berangan sambil menelan liur (adakah aku akan kawen dan ada anak?) * sigh

Friday, May 8, 2009

Jangan Derhaka! Part 2

Perjalanan ke KL - mula2 mak aku bawak dari KK and belum sampai Jelapang, Ipoh : Mak aku menguap (baru 10 minit drive) - so tukar driver, and aku jadi driver from KK-KL-KK semula. (penat nak mati, motif jgn derhaka).


...mom tgh minum sebenarnya ni baru 5 minit drive from home..


...ni pic terakhir(2 pic je pun) sebelum aku ambik alih bawak keta...

tapi ada satu story best, masa kat area kg.baru - traffic kurang lancar. Ada satu makcik melayu yg sgt RUDE. Dia hon2 aku sebab aku jarak dalam 2 1/2 meter je dari keta depan aku. matila*. Makcik blakang keta aku (ok keta mak aku) tu hon sbb suh aku rapat2 ngan keta depan. gila*. Hello jem okay, nak aku langgar je keta depan ke?.

Yang buat kes ni panas :
mom :"sabar kakak, biasa la manusia x sabar".
aku :"x boleh sabar mak, tgk muka dia bebel and menggedik"

so mak aku tgk la muka pompuan tu guna cermin, DIA TUNJUK PENUMBUK kat mak aku. okay aku jadi sgt panas, then pompuan tu hon2 lagi. Yang nak hon2 tu kau nak cepat gi menyusu badan kat anak lapar ke? - aku geram, and mak diam.

lepas je traffic light hijau - dia hon again!! mak kata sabar (okay aku x nak derhaka) sabar tapi dalam hati aku maki sampai mati makcik tue. then kes menjadi bila terbukak window and *finger* kat makcik tu. Puas!! mak ampun ye mak, dia sgt rude.

P/S: Jgn DERHAKA ckp mak, tapi kadang2 org lain yang kurang ajar pada mak anda harus diajar. and pic makcik tu xde sbb aku driver then sape lagi nak amik gambar kalau bukan aku.

Thursday, May 7, 2009

Jangan Derhaka!

mak oh mak..baru je balik 2 hari dah nak gi KL balik..nape la mak suh D balik bersusah payah naik bus plak tuh bersama 1 beg besar roda , 2 beg balik kg (no roda) and a beg full of shoes. Kalau tahu turun KL baik tunggu je this Thursday balik skali..sampai hati mak...ni adalah agenda makcik madiah (mom) sbb nak aku drive ke KL.

So ikut je la - me as her driver kay (penat)

P/S: nak turun KL pagi ni, nak gi jumpa cucu & ada hal katanya *aihh

Tuesday, May 5, 2009

Kisah Nena yang Sengal

Aku dah siap tunggu bas kul 9 malam ni..barang2 dah bg kat abg letak umah dia. Then lepak2 dalam ruang kosong ni, teringat yang Weekend ni Mother's Day. Pastu 18 Mei ni Birthday mak aku. Hadiah apa nak bagi..then aku flashback masa umur 6 tahun (Tadika Islam) ada satu kisah budak Nena nama dia ...

Nena: Mak nena nak mainan masak2 mak.(sambil goyang manja tepi mak)
Mak: Masak2 ape?

Nena: Ala, mainan masak2 yg ada periuk, kuali, pinggan..

Mak:Ohh..pergi kat dapur, semua ada mak bagi pinjam.

Nena: Taknak..mak boleh la mak, kat sekolah suma org ada.(nada suara nak nangis dah).


Mak si Nena masa tu tengah siap2 nak gi keje. So situasi agak kelam kabut, mak Si Nena takut punch card merah.

Mak: Sudah..main je apa yg ada..
Nena: Ala mak, kat Fajar tu ada jual mak..boleh la mak...(nangis sikit + sebak = sbb mak x layan)

Mak: Bye mak nak pi dah.

Nena pun nangis dan mood bertukar sepi walaupun ada abg2 yang suka usik2 dia. Petang tu mak balik kerja..

Mak: Nah, pi masak apa nak masak, mak lapaq.
Nena:Huk!..mainan masak2..yeahh...(sampai lupa ckp terima kasih pada mak)


Nena terus ajak abg no.2 yang muka jambu jadi suami dia..and dia jadi isteri (sumbang mahram giler, ni sbb Nena takde adik bradik pompuan - dia sorang je)...lalala~ nena sgt happy dapat set mainan masak (dulu2 sape ada set masak2 dah kira boleh blagak la), tapi dia x tahu yang gaji bahagian nak beli barang dapur terpaksa dikurangkan.(Si Nena bukan org senang masa tu, actually she came from a broken family)



P/S: TQ mak, bukan hanya untuk set masak2 ni, tapi sepanjang hidupnya Nena. Maaf selalu buat mak marah, tension, sedih, geram, malu or sebagainya perasaan yang mak rasa dan sembunyi dalam hati seorang ibu. I love you mak, only you.

**Yup, Si Nena itu Aku**

Monday, May 4, 2009

Acara Sukan di Bilik Tido!

Dengar tajuk macam lucah je (maybe aku je yg fikir lucah koyt), tp inilah tajuk yang seswai sbb buat aku peluh2 selama 6 jam. Actually ini aktiviti pagi2 semalam, yakni 2 hari sebelum pulang ke Kuala Kangsar my hometown (tak sabar nak lalu depan MCKK~ boys are HOT)*OMG

Majlis sukaneka bermula dengan ucapan: Pagi tue aku bangun awal sebab mak aku call & memulakan tazkirah di awal pagi. dengar je even hati aku masa tu merintih, "mak nak tido jap je".

Bacaan Doa: Then lepas abis sembang ngan mak aku pun solat subuh, sentiasa berdoa semoga aku dapat yang terbaik untuk exam even aku malas study pun (mak kata Allah akan tlg org yg berdoa).

Perasmian: Aku pun mula memunggah sampai bersepah satu bilik.

Persembahan: Tetiba time punggah2 nie, aku terjumpa beberapa barang dan kenangan yang menghiburkan aku :

1) Magazine Favourite aku!

kenapa maskulin? even ni kira for him magazine, aku ttp suka sbb ada model hot!

2) Kad Birthday masa 2nd year from eQi


suka kad yg ni sbb ada kata2 semangat. tp nape tahun ni takde kad birthday???

3) Name Tag utk acara Urban Studies Super Bowl dari Taufik


4) Botol Pepsi cap Thai masa beli kat Bangkok (singgit je)


5) Bendera student Indon kasi (actually aku mintak-x malu)


Acara Bermula: aku pun start keje kemas barang-kemas2, simpan baju2 & susun buku2 masuk dalam kotak. bukak almari plastik, pastu cari satu lagi khemah x jumpa2 (rupanya encik AliQ x kasi lagi khemah yg besar tu- ni sure nak buat harta nih)..then penat..then minum..penat balik..minum balik..penat..tido jap..penat..lapar *time ni aku gi kuar jap bli makanan kat bawah flat ni haa..

Upacara penutup: Buang sampah dalam tong - ini dipanggil acara bergotong-royong (tp motif aku sorang je buat sendiri). Akhirnya, selesai satu kerja yang penat, acara bersukan dalam bilik. badan sudah berpeluh2, so gi mandi and tido sambil tunggu eQi call ajak gi lunch.

P/S 1: Hati sangat girang nak balik umah, sbb leh gi usha budak MCKK, pastu makan laksa kuale, mandi sungai ulu kenas, ikut mak gi main petanque (yg ni x berapa nak seronok), jumpa member lama, gosip kat KFC (kat kuala kangsar ini je restaurant yg mega dalam pekan) and start swimming utk FIT seperti sediakala.

P/S 2: Tp hati juga sedih sbb lepas ni kawan2 dah tak de, aku kena survive sendiri.

P/S 3: Aku teringin main PS3. Best ke huh? sape ada ajak la aku dtg umah dia. nak main Sim City 4..*yay!

Sunday, May 3, 2009

Aku diperli lagi, *yay!

That day i went to pasar malam kat depan LRT Station U. sepanjang hayat aku kat KL ni. ini adalah kali ke 2 aku pergi. Ini pun di atas permintaan member aku yang malas nak bawak keluar kereta dia sbb malas cari parking.

5 minit pertama = aku tak beli apa2

Minit ke 15 = member aku dah beli 2 barang : 1) Nasi Ayam kukus
2) Soto Ayam

Minit ke 30 = aku tak beli apa2 jugak, dah 2 kali tawaf dah.

45 minit 24 saat kemudian = EQi said, "kamu ni nak beli ke taknak?"

Setelah 55 minit berjalan = aku beli Nasi Ayam kukus, aku tak tahu harga sebenar nasi ayam kukus kat pasar malam nasib baik tak lupa balance.

1 jam 5 minit = aku nak beli ayam madu, so aku gi la kat brother ni. aku mcm blurr nak beli berapa ketul sbb takut jadi tamak. then aku decided amik 2 ketul sudey.then bleh plak bro yg tengah kipas ayam madu tu kata "cukup ke dik 2 je? Macam x cukup je sorang tu", dalam hati kecil aku *cilaka punya tauke ayam..kuang ajar la kata aku ni kuat makan sgt!..sambil berkata "cukup...saya beli ye bang".



...Nasi Ayam Kukus...

P/S: Korang kalau nak niaga, niaga je la. Brani pulak nak ngata customer. Eh kalau aku report kat Hal Ehwal Pengguna akan dilayan x?

Mission Accomplished, a task given by Mc Long !

Task yang dibagi oleh member dah siap.

1. 10 images makanan @ minuman yang teringin nak makan saat ini.

2. Carian hendaklah menggunakan Google dan paparkan image yang paling menggiurkan (katanya lah!)

3. Turutan gambar ikut tahap keinginan nafsu serakah. (makanan adalah nafsu paling sukar dikawal - tambah2 time lapar or puasa)

5 makanan adalah :

1. Pepperoni Pizza

pic credit to Google.com

Sape nak belanja aku silakanlah call 1-300-88-2525

2. Lasagna

pic credit to Google.com

yang ni aku nak chef dari hotel 5 kelip-kelip bintang yg buat baru sedap..Bon apetit!


3. Ikan Cencaru Sumbat

pic credit to Google.com

yang ni plak sorang je yang aku nak dia buat - maksu aku.urghh..lapar.

4. Sambal Tumis Sotong

pic credit to Google.com

selara rimau aku semakin bertambah bila tgk gambar ni!

5. Sambal Belacan Jeruk


pic credit to Google.com

ni adalah pelengkap segalanya.aku taknak sambal belacan blender,hancur,x sedap! sbb nanti rasa bawang la, mcm2 lagi sbb blender x basuh elok2!

5 Minuman adalah :

1. Dark Mocha Frappuccino (Starbucks)

pic credit to Google.com

aku dah tak kisah dah.derma kat israel ke x ke.janji puas hati.aku yg bayar!


2. Hazelnut Hot Chocolate (Starbucks)

pic credit to Google.com

sama gak, x kira. janji nafsu aku dapat dilunaskan.haha..

3. Teh O Ais Laici

pic credit to Google.com

seperti biasa, air yang menjadi kegilaan aku di warung @ kedai makan sup juara. alah, sup juara yang kat Pantai Dalam.

4. Air Sirap Selasih

pic credit to www.wahdi.blogspot.com

aku tak tahu nape aku nak sgt air ni. siapa yg nak kawen sila buat sirap selasih.please..

5. Air Cincau (Lengkong)

pic credit to Google.com

air cincau a.k.a lengkong(kata org Perak). sedap bila minum time panas or pedas or masa kena maki ngan org. hati jadi sejuk je..

Yeah mission accomplished!...

4. Lagi yang disuruh si malaun tu ialah tag beberapa org untuk buat tugasan ini. So aku tag 3 sudey..

1. Fazil

2. Shukri

3. Peanut

P/S : Korang buat la, kalau tak anda adalah mmg sah budak malas a.k.a bukan anak jantan (utk peanut anak dara la).

Friday, May 1, 2009

Benci + Suka = Abg Guard Ensem


....Owner kereta (eQi kwn aku) yang gelabah. ni pic sebelum kejadian...

Aku rasa sengal je...bukan sbb aku mmg sengal cuma rasa sengal badan, sakit kaki gi jalan2 ngan member pas abis exam semalam. Tapi aku bengang giler kat Abg Guard UM (dia ensem + muda = aku panggey abg la) before masuk exam hall semalam. Tgh aku baca nota secara sgt pintas lalu...tuk..tuk (org ketuk cermin kereta)..

Abg Guard : Assalamualaikum...
Aku : Errr...*pening2 (terpegun - muka dia ensem)
Abg Guard : Saya ckp ni..Assalamualaikum...
Aku & Kwn2 : Waalaikumsalam..

Abg Guard :Nampak tak sign kat depan tu..ni parking utk staff?

Aku : Ek? ada ek?..*tgk luar

Abg Guard : Ni kalau ada staff tau student parked kat sini, kami kena marah.

Aku : Ala abg..kami lagi 5 minit nak masuk hall ni,takkan nak gi parking jauh.


Abg Guard menung jap...aku & member debar2 takut dia suh blah,mende exam lagi 5 minit gi. Then tetiba je dia cabut sticker student bg aku suh simpan dlm dashboard.

Abg Guard :Lain kali jgn parking sini,dah ramai staff complain.
Aku & Kwn2 : Tq bang...tq..*lega tp dlm hati maki2 dia sbb aku dah lupa apa aku baca tadi!


P/S: Abg Guard, kalau aku failed paper ni, jaga kau! Aku masuk minang *wuhuuuuu,yay!

Moral of story : UM ni pun satu, ingat kami student ni ada Lampu pengecil mcm doremon ke? Buat la parking byk2..*mengong